Friday, October 31, 2008

Rahsia Kekayaan:Mengapa Ramai Orang Tidak Akan Menjadi Kaya(5)



ok,sekarang ialah tips yang ke-5 iaitu tips yang terakhir..
semoga anda semua dapat sesuatu daripada tips2 ini.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut
daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga
ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak
bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya
sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda
mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba
ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,
tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi
punca kegagalan sesorang.

Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus
mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai
peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.

Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk
mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup
anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang
lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.


Demi Kejayaan Anda,

ptadrus

No comments: