Saturday, October 25, 2008

Rahsia Kekayaan:List Itu Duit

Saya menerima email baru-baru ini daripada seseorang
yang telah mencuba pelbagai program dan skim diinternet
tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil :(

Beliau merasa musykil bagaimana hendak buat duit diinternet
dan bertanya kepada saya apa yang perlu beliau lakukan.

Saya bertanya kepada beliau: "Anda mempunyai list tak?"

"Hmm... list, apa tu? Senarai apa?" Beliau menjawab.

Saya terus berkata "Jika tiada list, jangan harap anda
hendak buat duit diinternet!" Beliau terus terdiam.

Mengapa? Nanti saya terangkan kemudian..


Rahsia Kekayaan #2: List = Duit!

Jadi apa itu list?

List adalah mereka yang meminta maklumat dan berminat
dengan produk yang anda tawarkan. Biasanya mereka akan
berikan nama, email atau alamat kepada anda untuk
dihubungi.

Jutawan atau guru internet mempunyai jumlah list yang
besar.Mereka berhubung dengan list mereka dan memberikan
tip dan teknik yang berharga kepada list mereka. Semakin
lama, list akan terbiasa dengan mereka dan memberi
kepercayaan! Inilah yang anda perlu capai.

Ini mungkin diluar jangkaan anda, Frank Kern (saya adalah
seorang list beliau) menjana sejuta dollar dalam masa
5 jam dengan menulis HANYA satu email kepada list beliau.

Kesimpulannya,jika anda mahu buat duit dari internet, anda
perlu mempunyai list dan ingat FORMULA AJAIB ini:

** Sesiapa sahaja biasanya 1000X akan membeli sesuatu
berdasarkan saranan daripada orang yang mereka PERCAYA
daripada orang yang tidak dikenali langsung! **

(Sekarang anda tahu jawapannya mengapa kawan kita tadi
tidak dapat sesen pun dengan bisnes internetnya!)

Jadi jika anda mempunyai 1000 list, dan 20% membeli
produk berharga RM300 dalam setahun, pendapatan anda
sudah mencecah RM60,000!

Jika anda mempunyai 2000 list, dan 20% membeli produk
berharga RM300 dalam setahun, anda dapat RM120,000 dan
tidak perlu risau lagi tentang duit!

Anda dapat bayangkan??

Matlamat anda sebagai pakar internet ialah membina
sekurang-kurangnya 1000 list.

Kemudian anda perlu membina kepercayaan daripada
list anda dengan memberikan maklumat percuma yang
cukup bernilai!

Akhir sekali, anda tawarkan produk-produk yang
mempunyai nilai yang sama tingginya dan lihat bank
akaun anda meledak dengan wang ringgit tanpa anda sedari! :)

Ini adalah rahsia kekayaan yang mesti anda ingat sampai bila-
bila! Anda cukup bertuah kerana mengetahui rahsia hebat ini
awal-awal lagi! Ianya mutiara yang cukup berharga!

Orait, jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain.


Demi kejayaan anda,

ptadrus

1 comment:

Sharifdez said...

Panduan dan tips sudah diberi...

Jika mahu buat duit dari internet ne, mulakanlah membina list anda..

Ada banyak produk yang anda boleh buat rujukan pad masa ini.. Ada yang percuma, ada yang berbayar..

Anda pilihla mana yang sesuai...